Bidikan dibalik LENSE

kamera adalah hidup,foto adalah pengisian

Putrajaya Bridge March 25, 2009

Filed under: Ir version — skatype @ 4:50 pm
Tags:

Foto ini saya rakamkan secara tak engaja dari sati sudut di kawasan putrajaya. Dan menggunakan teknik IR, ia menjadikan foto ini nampak lebih menyerlah dan nampak kombinasi warna yang hebat.

 

IR version Part 2

Filed under: Ir version,Uncategorized — skatype @ 1:26 pm

“banyak mata yang terjaga, banyak pula yang tertidur lelap, memikirkan persoalan yang sudah & akan terjadi..tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuat mu gila..kelmarin Tuhan telah menolongmu..percayalah bahawa esok pun dia masih akan tetap menolongmu-wasiat Imam Syafie.

Hari ini aku berduka. Aku berduka kenapa aku buat dosa itu. Kenapa dosa itu harus diberikan kepadaku. Aku takut nak berjumpa dengan Tuhanku esok. Bagaimana Dia akan pandang aku. Aku yakin, kalau esok aku mati, aku akan dihina oleh sekalian makhluk disebabkan dosaku.

 

IR version part 1 March 24, 2009

Filed under: Ir version — skatype @ 7:48 pm

Fotografi adalah sebuah mimpi seni. Ianya terlalu abstrak. Oleh itu, tak hairan la kalau begitu susah bg kebanyakan orang untuk memikirkannya. Dan bagi aku, ianya begitu malas dan busuk jika difikirkan bahawa kamera yang membikin dan mencantikkan foto. Kadang kadang selalu kedengaran ianya terlalu mudah untuk menyalahkan kamera jika fotonya tak cantek.
Beri tumpuan pada foto dan bukan pada kamera semata mata.

Inilah fotografi berseni!

Edisi pertama saya cuba menampilkan  foto2 yang mengunakan teknik IR. Apa yang saya boleh dikongsikan, foto sebegini mempunyai estetika tersendiri. Marilah sesama kiter mencari dimana letaknya nilai ini didalam foto2 ini.

 

Salam Muhasabah dan bidikan lenses

Filed under: Uncategorized — skatype @ 4:46 pm

jika perjalanan telah membuatmu merasa asing dan sepi. dan airmata telah kering, hingga duka hanya jadi salak anjing. maka biarkan matamu terpejam untuk sejenak, menutup pandangan akan peristiwa yang selalu ada dan menyakitkan. biarkan pikiranmu tertidur, melupakan masalalu yang senantiasa menghantui dan ingin kau kubur di malam paling kelam.

biarkan semuanya mengalir pada sungai waktu, melewati labirin mimpi, melewati kefanaan penuh luka. biarkan.

tapi jika kelak dia kembali bertemu di persimpangan jalan itu, dia harus jawab satu pertanyaanmu: “dimana telah kau buang kisah itu?”

 

Hello world! February 15, 2009

Filed under: Uncategorized — skatype @ 6:10 pm

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!