Bidikan dibalik LENSE

kamera adalah hidup,foto adalah pengisian

Pengisian sekeping foto March 31, 2009

Filed under: black and white,Ir version — skatype @ 9:35 pm
Tags:

Foto ni menggunakan IR dan gabungan sedikit kesan pencahayaan. Bagi menampakkan suasana yang lebih memukau. 3 orang anak kecil ini menyusun rentak kaki untuk ke sungai berhampiran. Kata mereka, hidup harian mereka susah tok berenggang dengan sungai. Bagi mereka kepekatan warna sungai menjadi air kegembiraan. Anak2 desa sini memang peramah dan menghormati orang luar. Keiklasan dan ketidaksombongan mereka mungkin membuatkan foto ini lebih cantik dan bernilai. Sebagai menghargainya, saya titipkan nama 3 orang anak nelayan ini disini. Adi, juan dan amir, thanks dari abg.

Foto ini mungkin nampak sedikit gelap. Cuaca agak mendung ketika saya snap foto ni. Exposure digunakan bagi menghasilkan langit dan aliran air yang agak2 gelap. Satu lagi foto yang menggunakan style IR. Saya menggunakan kesan pencahayaan bagi pokok2 kelapa bagi menimbulkan lagi kematangan foto ini. Dan saya juga menggunakan filter bagi sampan agk kelihatan timbul di permukaan.
Memang sungguh indah suasana disini. Keadaan mendung dan berangin membuatkan pokok2 kelapa kelihatan agak condong di hembus angin. Memamg damai sangat. Sampaikan saya boleh terlena disebuah pondok usang di situ selepas selesai snap foto nie.

Bagi foto ini, tetap menggunakan teknik IR, tetapi menggunakan beberapa teknik lain.
Pada langit, saya menggunakan shadowing dan filter. Dimana beberapa layer awan kelihatan. Ia dapat menimbulkan lagi effect IR dan sekaligus menampakan awan kelihatan lebih natural terutama masa mendung menanti hujan menerjah bumi. Pokok rhu saya cerahkan sedikit bagi menampakkan angle snap dari full version. Sampan serta kolek yang membuat sedikit shadowing style agak lebih real ketika langit mendung. Foto ini agak memakan masa untuk editing. Kerana ketelitian pada setiap pixel amat penting. opp, hampir lupa, permukaan air saya gelapkan sedikit agar nampak air itu macam bergerak.
Lokasi foto ini hanya beberapa meter dari lokasi foto diatas. Keunikan kolek dan pergerakan air telah membawa saya ke sini. Memang asyik. Fikiran saya makin hanyut dan tenang bagaikan alunan air. Saya makin minat dengan perkampungan nelayan kerana ia mempunyai nilai estetika tersendiri. Dan sesuai untuk teknik IR ni. Saya sempat meninggalkan sesuatu didalam sesebuah kolek tersebut. Dan jika ada kesempatan, ingin lagi saya ke sana.

Advertisements
 

karya dikala aku kebosanan

Filed under: Ir version — skatype @ 4:57 pm
Tags:

Ini adalah antara hasil yang aku buat dikala kebosanan. Teknik IR merupakan teknik yang paling aku gemari, kerana ia membuatkan picca nampak macam berada dalam alam kayangan atau fantasi. Ini bukan aku kata tau, Cik Andaq pun pernah berkata begitu. Ntahlah, mungkin mata mereka lebih tajam untuk menilai hasil kerja aku yang xseberapa ni. Malah aku tetap akan cuba menghasilkan karay dan picca yang terbaik selagi emosi aku berada dia atas jasad.
 

Putrajaya Bridge March 25, 2009

Filed under: Ir version — skatype @ 4:50 pm
Tags:

Foto ini saya rakamkan secara tak engaja dari sati sudut di kawasan putrajaya. Dan menggunakan teknik IR, ia menjadikan foto ini nampak lebih menyerlah dan nampak kombinasi warna yang hebat.

 

IR version Part 2

Filed under: Ir version,Uncategorized — skatype @ 1:26 pm

“banyak mata yang terjaga, banyak pula yang tertidur lelap, memikirkan persoalan yang sudah & akan terjadi..tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuat mu gila..kelmarin Tuhan telah menolongmu..percayalah bahawa esok pun dia masih akan tetap menolongmu-wasiat Imam Syafie.

Hari ini aku berduka. Aku berduka kenapa aku buat dosa itu. Kenapa dosa itu harus diberikan kepadaku. Aku takut nak berjumpa dengan Tuhanku esok. Bagaimana Dia akan pandang aku. Aku yakin, kalau esok aku mati, aku akan dihina oleh sekalian makhluk disebabkan dosaku.

 

IR version part 1 March 24, 2009

Filed under: Ir version — skatype @ 7:48 pm

Fotografi adalah sebuah mimpi seni. Ianya terlalu abstrak. Oleh itu, tak hairan la kalau begitu susah bg kebanyakan orang untuk memikirkannya. Dan bagi aku, ianya begitu malas dan busuk jika difikirkan bahawa kamera yang membikin dan mencantikkan foto. Kadang kadang selalu kedengaran ianya terlalu mudah untuk menyalahkan kamera jika fotonya tak cantek.
Beri tumpuan pada foto dan bukan pada kamera semata mata.

Inilah fotografi berseni!

Edisi pertama saya cuba menampilkan  foto2 yang mengunakan teknik IR. Apa yang saya boleh dikongsikan, foto sebegini mempunyai estetika tersendiri. Marilah sesama kiter mencari dimana letaknya nilai ini didalam foto2 ini.