Bidikan dibalik LENSE

kamera adalah hidup,foto adalah pengisian

April 14, 2009

Filed under: coretan jiwa,digital painting — skatype @ 4:31 am
Tags:

Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna.



Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Advertisements
 

Sahabat,kamu indah (credict to Hafiz Azman) April 4, 2009

Filed under: coretan jiwa — skatype @ 5:53 pm

Semalam aku ada dapat sebuah karya yang digubah indah oleh seorng teman. Jemarinya hebat menutur butiran kata hinggakan aku rasa cukup dihargai. Setiap huruf dan kata yang keluar dari penanya mempunyai pengertian yang cukup mendalam. Aku sememangnye meminati karya beliau yang cukup hebat bukan saja dalam bidang penulisan, malah dalam bidang photography. Boleh dikatakan, beliau mempunyai jiwa yang terlalu berseni. Bukan hanya hebat membidik lense malah juga hebat dalam menyusun madah jemari. DIA yang aku maksudkan ialah HAFIZ AZMAN, seorang kenalan aku dalm myspace. Biarpun kami baru kenal, namun dia tidak kekok dan selalu memberi aku untaian nasihat dan kalimat dalam aku mencari langkah demi langkah dalam dunia ini. Sahabat, terima kasih kerana menerima aku sebagai kawan dan tak pernah jemu membantu aku menyusun gerak. Hanya ALLAH yang mampu membalas segala jasamu. Aku menyayangimu wahai sahabat. Dan aku abadikan karya nya dalam blog tercinta ini…

sahabat,kamu indah

jika di beri api,

jika di sua bara,

jika di panah derita,

aku masih berdiri,

aku masih disini,

mempertahankan kamu pada segalanyer,

riang tawa,

tangis sedih,

semua,kite kongsikan,

aku hebahkan pada kamu,

jeritkan pada disetiap telinga kamu,

“jgn hilang dr idop aku,kerana kamu,dan kamu,semua ade dlm memori ini”

masih ad insan seperti aku??

menyayangi teman,

mencintai,dan menghargai kamu,

kite seperti sebuah keluarga,

sanggup untuk segala nyer,

bermatian demi kamu,

hahahaha..

aku hargai semua kamu,

teman,

persahabatan kite utuh,

persahabatan indah ya,

persahabatan kiter ke akhirnyer,

aku harapkan sekali,

pada sahabat semua,

mintak semua,

masih ade ,

walau sudah kiter,

adew hidop masing2 ya,

aku tak sanggup,

hilang kamu,

kerana bnyk kngan kamu ukirkan pada idop aku,

jika kamu hilang lgi,

sudah tiada indah kenangan ini,

jika aku yg jatuh dulu,

dari dunia ini,

teman,

harap sama ya,

kita xkan putus persahabtan ini,

dilangit sane,

aku doakan kamu semua,

bahagia saja dunia kamu,

indah kamu teman,

bahagia kamu sahabat,

aku doakan segala keindahan dan kejayaan,

buat kamu semua,

hingga akhirnya,

kamu tetap bersama aku,

selagi,

nafas aku ada,

kamu,

dan kamu,

sahabat,

tetap teman aku.

 

keputusanku April 3, 2009

Filed under: pena menari — skatype @ 4:33 am
Tags:

Tak kusesali keputusan ini
Tak ingin terluka lagi
Tak ingin terpaksa menjalani hidup

Tak ingin khianati cinta
Ingin menemui cinta sejati
Mencinta setulus hati
Sejuta rasa menahan perasaan yg ada
Tak sanggup melupakan sejuta warna yg ada